Tuesday, 18 December 2012

Faktor mengapa tidak ada tindak balas dengan mengamalkan vitamin

Berikut ialah beberapa faktor yang menyebabkan segelintir pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement harian mereka. Di antaranya ialah:


1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.


2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.


Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.


3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.


Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.


4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.


Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


5. Pantang larang makan vitamin.


Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.


Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Friday, 14 December 2012

KEBAIKAN EMMA VIT C




Apakah Kebaikan Vitamin C?

Penjagaan kesihatan amat penting terutamanya dalam pengambilanvitamin C. Daripada semua vitamin dan galian yang diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia,Vitamin C telah menarik lebih perhatian berbanding dengan yang lain selama lebih 30 tahun. Ia telah terbukti memainkan peranan yang penting dalam hampir semua aspek kesihatan kita dan berikutan itu,tidak hairanlah apabila ia diberi tarikan hebat dan menjadi bahan kajian kepada saintis sejak berdekad lamanya.

Faedah Vitamin C tidak terhad kepada pencegahan sawan,sejenis penyakit berpunca daripada kurang daya tahan (imun).Kajian saintifik juga mendapati bahawa ia mempunyai potensi tinggi untuk mencegah sesetengah jenis barah, penyakit-penyakit berkaitan jantung,masalah alahan malah juga ketidaksuburan di kalangan lelaki.Ia juga diketahui mampu mencegah dan menyembuhkan jangkitan virus termasuk demam dan demam selesema. Ia juga penting untuk mengekalkan system imun(pertahanan diri daripada penyakit) agar sentiasa sihat.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini para saintis telah meneruskan kajian tehadap vitamin yang ajaib ini.Antara lain, mereka menemui jawapan kepada persoalan seperti:?Berapa banyakkah Vitamin C adalah mecukupi??;?Apakah jenis Vitamin C yang terbaik?? dan ?Adakah sebarang kesan sampingan jika Vitamin C diambil secara belebihan??

Fakta mengenai Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin larut air dan terdapat banyak pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan segar.Ia amat penting untuk pertumbuhan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat.
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen menjadi lemah dan tidak aktif, selain itu juga sukar sembuh.Kekurangan yang berterusan boleh menyebabkan seriawan (skurvi-sejenis penyakit yang ditunjukan lemah seluruh badan,anema dan adema).Dalam sesetengah kes seriawan yang teruk,sel otot kadangkala merekah dan menyebabkan jangkitan mulut.Penghidap akan mula muntah darah dan boleh mengakibatkan pendarahan otak,demam panas yang seringkali membawa maut.

Mengapakah Vitamin C perlu untuk kesihatan?

Vitamin C adalah perlu untuk:
· Pembentukan gigi,tulang,tisu bawah kulit dan rawan yang sihat
· Mengekalkan system imunisasi badan yang kuat
· Mematikan radikal bebas merbahaya
· Mencegah barah dan penyakit kronik yang lain

Vitamin C adalah penting untuk metabolisme yang sihat kepada banyak fungsi tubuh dan memainkan peranan lebih kompleks dalam kesihatan kita daripada apa yang pernah diperkatakan.
Mengapa perlu mengambil Vitamin C setiap hari

Tubuh kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C, yang sebagai vitamin larut air, ia tidak boleh di simpan. Vitamin C berlebihan yang tidak digunakan , dengan mudahnya di singkir keluar dari tubuh. Selain itu ia juga akan musnah akibat kepanasan atau terkena sinaran ultraungu seetangah jenis bahan tambahan dalam makanan , bahan kimia pertanian dan akan teroksida jika terdedah kepada udara.

Malahan ia begitu mudah termusnah sehingga kebanyakan vitamin C hilang sebelum makanan tiba di atas meja. Berikutan itu adalah penting untuk kita mendapatkan semula bekalan Vitamin C bagi memperoleh faedah optimum daripada vitamin yang menakjubkan ini. Perokok, mereka yang sering menghadapi tekanan dan pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan meningkatkan pengambilan vitamin c.

Secara pemahaman umumnya, vitamin C merupakan salah satu perkara penting yang perlu diambil kira. Kini banyak dipasaran terdapat makan tambahan yang dijual mengandungi vitamin C. Namun demikian kita perlu berhati-hati dalam memilih membeli ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.

Saturday, 8 December 2012

KEBAIKAN EMMA VIT C



SANGAT SESUAI UNTUK:
  • wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas
  • ibu mengandung
  • ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)
  • boleh diambil ketika haid*mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)
  • mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit
  • perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)
  • mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur


CARA PENGAMBILAN:-
Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur
-Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.

KULIT HALUS, GEBU DAN BERSERI


Kini, anda tidak perlu lagi mengambil suntikan vit-C untuk memiliki kulit halus, gebu dan berseri. Hanya telan 1 biji tablet vitamin C 1000mg sehari sudah mencukupi!

   Fungsi Vitamin C yang paling terkenal ialah membantu pembentukan kolagen, iaitu bahan protein yang mencantum/mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi. Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan menjadi lebih cepat dan efektif dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.

 Vitamin C juga merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan amat berkesan dalam mengurangkan tanda2 penuaan pramatang. Ia juga berperanan menghalang jangkitan, serangan virus dan bakteria serta mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok, pengambilan Vitamin C membantu menghapuskan keracunan nikotin.

KEBAIKAN VITAMIN C:

-Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri-Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata-Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema-Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut-Anti penuaan dan anti kedut-Mengatasi masalah resdung dan alahan-Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi-Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran, jangkitan serta meningkatkan imuniti-Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis-Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka dan pengeluaran hormon anti-stress-Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi-Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya-Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas-Membantu tubuh menyerap zat besi yang berlebihan, berguna dalam rawatan anemia-Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah dan menurunkan paras kolesterol dalam darah-Merawat jangkitan saluran kencing-Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain

 Vitamin C adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 6 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Tahukah anda vit-C Organic dipasarkan oleh banyak pihak?Kami memilih Nutra Manufacturing..jadi sila bezakan dengan teliti warna, saiz dan tekstur vit-C anda, kerana harga berbeza di antara pengeluar walau pun datang dari kategori yang sama, 1000mg..

SANGAT SESUAI UNTUK:

*wanita dan lelaki,umur 12 tahun keatas*ibu mengandung*ibu yang menyusukan bayi (menambahkan air susu)*boleh diambil ketika haid*mereka yang mengambil supplement kolagen dan glutathione (mengoptimumkan fungsi dan serapan bahan tersebut oleh badan)*mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit*perokok (mengurangkan penyerapan nikotin)*mangsa kemalangan yang cedera/pembedahan, melecur



CARA PENGAMBILAN:


-Telan 1 biji tablet vitamin C setengah jam selepas sarapan atau sebelum tidur.-Amalkan minum banyak air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin serta membolehkan penyerapan vitamin secara optimum oleh badan.-TIPS: Amalkan vit-C pada masa yang sama setiap hari kerana vit-C adalah jenis vitamin yang tidak bertahan dalam badan dalam tempoh lama dan perlu sentiasa di ganti untuk manfaat kesihatan keseluruhan.


KANDUNGAN SETIAP TABLET:


sodium ascorbate - 563mgcalcium ascorbate - 605mgvit c - 1000mgzinc - 5 mgcitrus bioflavonoids standardized extract - 100mghesperidin - 30mgrutin - 50mggrape seed extract - 5 mgrosehip fruit extract - 5mg


-Standardized extracts, for effectiveness-Non-acidic and gentle on the stomach-Tablets are coated for easier swallowing-No added preservatives, artificial colors or artificial flavors


Lulus KKM100% halal